Saturday, February 26, 2011

AyaT-AyaT CinTa







Editor Note GLAM wajib i baca setiap bulan. Never miss. Suka bila Wirda mewacana sesuatu perkara. Oh, dia Anna Wintour versi kita-kita di hati i. Ikut musim, keraian, keadaan dan edisi Februari ini nota cinta yang dikarang. Tidak meraikan Valentine? No, No, No..bukan budaya kitaorang.

I pinjam ayat pertama dalam Editor Note Glam Feb 2011, peribahasa Greek menyebut, "The heart that love is always young,". Ya, betul, sungguh, menyintai buat kita merasa muda, dan bila rasa muda, gaya pon muda juga, taste pon muda juga. Heheh. Bakal menginjak ke 3 series menjelang 25 March nanti, alahai sudah terasa usainya waktu bergedik dan bergembira seperti zaman dolu-dolu. Tetapi dek kerna hanyut (Hanyut-Faizal Tahir-best eh!) dilanda rasa cinta, masih, tidak terasa tua. Cinta buat i masih mahu terus bangun setiap hari, mandi, siap bersolek dan berdandan rapi mengadap wajah-wajah yang i cintai. Malah Tuhan, jika Kau izinkan hambaMu ini, aku ingin hidup lebih lama lagi. Masih mahu terus menyanyi lagu selamat harijadi..demi cinta dan kasih i ini.



Elegant PomPom Dress Biru
inspirasi MNG-Lady Gaga yg i beli dgn harga murah skali!



Love the shoulder part-
(Cho bayang bila i pkai, Lady Gaga ke Gagak? Hakhak!
tak agak2!!)

I Love Fashion and Beauty. Sungguh, betul kecintaan i pada dunia glamor ini. (Glamor ke kauu? wakaka, perasan!) Kalau bisa, setiap hari i mahu tampil cantik sekali. Bila cantik, sekurang-kurangnya i dapat menyenangi hati-hati mereka yang i dampingi. Bukan, bukan, salah, salah..bukan untuk ambil hati atau salah jika anda pikir i mahu mereka itu jatuh hati. Niat/Tanggapan itu jauh panggang dari api. Hmmm..maksudnya lebih kurang begini..sekurang-kurangnya jika hari itu semak dan bersepahnya meja pejabat dengan serabut nya kepala pikir itu dan ini, at least ada satu benda yang kekal rapi dan elok di situ, biarpun ia nya hanyalah sepatu baru bewarna biru. Hihihi..pening, pening, pusing, pusing..hanya jauhari yang mengenal manikam..dan jika hanya anda menyenangi dan ambil kisah bab fesyen, maka anda akan faham.

Dalam ruangan Glam Retorik Feb 2011 juga, Mansor Tun Abdul Aziz director kreatif di Granoff, beliau percaya yang rasa kasih sayang tanpa syarat dan batasan mampu ditujukan untuk setiap ciptaan Tuhan, mahunya insan, haiwan dan barangan, terutamanya beg Hermes Kelly bersaiz terbesar di tingkap Pavillion. Which is Damn Its True!!!!


Dia tak kisah carry bag VS Pink Tote ni
kesana sini



He looks sweet indeed :P

I Love Music. Cinta yang dikisahkan dalam melodi dan lirik menghasilkan lagu yang bagus. Yeah, Grenade by Bruno Mars are on top of my song list. My current ringtones. Lagu itu mencheritakan kisah cinta yang tragis..yang mana akhirnya mati di pilih menjadi kesudahan. Oleh kerana dinyanyikan oleh seorang lelaki, maka pada i, suci benar cinta seorang lelaki itu, walhal hakikatnya, lelaki species itu kini sudah pupus, gone! Maaf lah, ia tidak menjurus kepada semua golong Adam, i bercerita tentang mereka2 yang mengelilingi hidup i. Most of them are pretty face wif evil heart! Kejam kau nyah! I Love Empire State of Mind by Jay Z ft Alicia Keys too. Lagu itu bawa pesona fashion, gaya dan life style. That song was choosen as OST for Sex and The City 2..when Carrie open her door and walk out in her white stylish dress..woooooo...style-lah! (Thats wat i mean Sara, in month 3 you shud walk out the door just like her! Just like her!!! :). Dan pernah sekali, bila melayari blog pereka Zery Zamri, i terpesona dengan selingan lagu Jalan Cinta by Sherina OST Ayat-Ayat Cinta. Ya Tuhan, mendalami lirik tersebut buat i rasa sekuat mana cinta sesama manusia kita akhirnya kembali pada sucinya cinta Yang Maha Esa. Mendengarnya berkali-kali buat mengalir airmata.

Birthday Request..Silalah beli jika sudi!


I Love To Write. Dunia penulisan adalah dunia i sebenarnya. Cita-cita i sewaktu semua orang sibuk mahu bergelar doktor, peguam, arkitek, juruterbang..yang hanya i mahu ialah pejam mata, mengadap jendela Eiffel Tower (misalannya) dan mencari ilham. Penipu! Memang! kerana memang i tipu cikgu kisah cita-cita dulu kerna i langsung tak tahu apa yang i nak jadi pada masa itu. Kau juga tipu jika dulu kau ckap nak jadi ahli bina badan dan alih2 sekarang kau kaya raya hanya kerana jadi ejen jual insurans. Unless kau pemburu yang jitu dan kejar cita-cita tu sehingga betul2 dapat jadi arkitek misalan. Jadi salahlah? Yaaa, memang salah sama sekali dan i akui. Kerjaya yg i pegang harini adalah salah di sisi hakikat dan naluri diri.Kerana asal lapang masa, selain shopping, shopping, shopping dan abis range Sophie Kinsella i baca, i menulis merata-rata di kertas-kertas yang ada. Kadang-kadang bila tengah pegang dan try baju di fitting room, ada juga idea yg datang, maka i text ja dlm note di telefon genggam.

I enjoy baca hasil tulisan Ali Imran K-penulis di August Magazine (yes, i read Men Mag too). Dia muda, 29 tahun, segak orangnya dan bergaya. English nya fullaweh, dan karya Bahasa Melayu nya meletup juga. (Tak percaya beli Glam Lelaki March cover Awal dan selak ruangan Hitam+Putih yang dia tulis). Dia menulis tentang kehidupan dan juga dalam misi hidupnya mencari kehidupan. Gajinya mencecah 200k setahun. Hurmmmm..

I Love to Draw too. Cinta i pada lukisan sangat mendalam. Ketika sedang dilamun cinta dengan suami dulu i banyak melukis. Tetapi kini tidak lagi. Desakan masa dan keadaan buat i berhenti dan pendam saja perasaan cinta yang membuak-buak di dada. Mungkin satu hari nanti, bila anak2 sudah ke skolah, kami boleh berhobi melukis bersama. Mungkin kasih lebih mekar berbunga jika dapat dikongsi dgan anak2 tercinta.

Dan i amat cintakan Tuhan. Dek kerana itu i tak pernah merungut atau menyalahkan keadaan yang meletakkan diri i di dunia yang asing dengan kemahuan diri. Kerana jika katakan i berjaya di dunia penulisan, entah mana mungkin i berkenalan dan ketemu dengan insan2 yang i sayang harini. Entah-entah masih membujang, membuat dosa dan memburu cinta. Maka i bersyukur dengan rezeki yang ada dan kehendakNya yang mahukan i berada di mana i ada.


3 comments:

shafinar said...

kak, u should put also your original name came from kawan mak, who also novelist...dah lupa ka?

~ShaFeRLicioUS~ said...

adik,
kannnnnnnnnnnnnn...
aku xpenah lupa tu, keaslian nama yg membawa diriku bagai lagu-
bacalah, kenalilah, dengan bijaksana, siapaku yg sebenarrrr...

Drama Mama said...

cun lah ur top!me likey!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...