Wednesday, August 18, 2010

InsyaAllah, Boleh!!






  • Saya percaya bahawa setiap amalan yang diperintahkan Allah untuk dikerjakan oleh setiap umatnya memberikan 1001 nikmat, kelebihan dan kesenangan..bukan membebankan dan memudaratkan.

  • Saya yakin bahawa setiap amalan yang disertakan dengan niat yang ikhlas dan bertujuan baik pasti akan dipermudahkan oleh Nya.

  • Saya percaya bahawa anak yang dilatih berpuasa sejak berada di dalam kandungan pasti tidak akan betah berpuasa apabila tiba umur dewasanya kelak, InsyaAllah.

  • Saya percaya sekiranya saya tidak putus-putus bedoa semoga dipermudahkan segala urusan dan memberikan kekuatan kepada saya di sepanajang bulan Ramadhan ini, Allah pasti mendengarnya.
Alhamdulillah, dah hampir 10 hari kita berpuasa kan? Hmm, biarpun sesetengah pendapat mengatakan prempuan mgandung ni trmasuk dlm golongan yg dibolehkan tidak brpuasa (**atas sbb2 tertentu-kesihatan, memudaratkan kandungan etc), tapi seboleh-bolehnya i xnak lah trmasuk di kalangan mereka2 yg rugi!' (sunggoh brmotivasi okeh! heheh)

Mcm Ustazah kata dlm kelas yg lepas, sekali kita abaikan solat (wktu Zohor misalannya pada hari ini), biarpun kita qhado' solat tu esok, nilainya tidak akan sama seperti yg kita tggalkan harini..(Wuishhh, kenyataan yg bt i jauh trmenung, brapa banyaknya solat yg dah trkandas nih! Mati laaaa!!!)

Jadi samalah juga dgn ibadah puasa di bulan Ramadhan, seboleh-bolehnya cubalah berpuasa kerana nikmat dan keberkatan yg kita rasai hari ini tidak sesekali akan sama dengan yg akan dtg atau sebelumnya..

Kalau zmn Rasulullah dulu, ada yg hampir mati pun sanggup brpuasa kerana mgejar pahala..ada juga yg hanya bersahur dgn sebiji kurma shja untuk mendapat keberkatan puasa..kita yg mewah dgn segala makan minum dan kemudahan xkan lah masih mencari alasan untuk tak puasa kan? Cuba bayangkan mereka2 dan penderitaan ibu2 mengadung di negara miskin dan brperang yg hidup penuh derita, sengsara dan dlm kesusahan, bagaimana agaknya mereka mengharungi kehidupan dlm bulan Ramadhan??

Untuk peringatan diri sendiri dan bacaan kawan2..Saya hanya berpesan-pesan..semoga puasa kita diterima Tuhan, InsyaAllah.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...