Tuesday, March 30, 2010

~PuLanGLah~

Duhai anak..

Renung-renungkan..pada wajah yang kau lihat itu ada syurga..

Renung-renungkan..pada bundar mata yang kau tenung itu adanya sinar cahaya..

Pulanglah

Tatapi wajah-wajah kemuliaan itu..

Nikmatnya bagai berguguran dosa-dosamu..

Wahai anak..

Fikir-fikirkan..pada tangan yang kau kucupi itu ada rasa hangatnya cinta

Fikir-fikirkan..pada pelukan yang kau rasai itu ada rasa sejuknya sayang

Pulanglah

Kucupi tangan-tangan kasih itu..

Nikmatnya bagai mencium wangian Firdausi..

Seruku..Pulanglah..

Menjenguk ayah dan ibu..Mereka merinduimu,

Mereka lebih tahu..bahawa..

asal usul itulah..yang terbaik buatmu!

Shaferrihaiza, March 27

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...