Thursday, May 7, 2009

FoRBiddeN LOVe StorY-GuNOng Tangkuban PeRAhU


Sunday-29th April 2009-When i heard about Gunong Tangkuban Perahu for the very first time, wat came to mind was Arghhhhhhhh..tak suka nya...Im not coming here for climbing or hiking or wat so ever..im just here for makan angin and do some spending..! And when people starts talking that this mountain was quite similar to our Cameron Highlands..i dah start risau sangat..to tell u the truth, i sangat tak suka travel kalau terpaksa guna jalan yg bengkang bengkok or bergunung ganang..God knows how im going to pening smpai bleh termuntah-muntah..and i tak suka-lah!! Moreover this journey goin to take about 2hrs by bus..which is 30km from Bandung..(mau lemau ijau i nanti sementara nak sampai...and Hubby plisss, i dont want to go....)


But miracle do- happen this time! Thanks God! My experience on way up to this mountain was totally different..Jalan-nya still zic zac zoe..and still involved the high lands but im just feeling OK! Ntah! May be because i choose not to take it seriously..just go, finish the line and that's it! Mungkin juga sebab i asyik tengok pemandangan luar yang sangat cantik dan terkenangkan orang2 yang ditinggalkan..(now im feeling home sick!) and oh ya! i baru teringat mungkin sebb i makan ubat flu yg Fadhilah kasik tuh..(Patutlah i layan semacam!)..

Tapi yang paling membuatkan hampir semua kami terleka dan i tak lupa...adalah cerita Lagenda Sangkuriang yang ada kaitannya dengan kejadian Gunong Tangkuban Perahu ini..diceritakan oleh Pak Ali (our tourist guide cum story teller) dalam perjalanan kami ke sana.


(Anyway, when i'm back home..i do a lil bit of research bout this lagendary forbidden love story and from my finding thru wikipedia-cerita Pak Ali was totally the same as wat written in that encyclopedia and im very impressed by that!)

OK, sampainya kami di kaki pergunungan, kami menukar kenderaan dengan menaiki shuttle untuk naik ke atas..actually its not quite far..just 3 to 5 minutes jer and there are some people that choose to steps up instead of paying for that shuttle service.

And guys...the momment we reached there..SubhanAllah...wat i can tell you is that..it was such an amazing place, so wonderful, very beautiful!..Cuaca sangat dingin dan sejuk, dan cantikkkkkkkkkkk sangat permandangan dari atas tuh! U can even exactly seen kawah gunung berapi yg sedang berasap dan masih lagi aktif and FYI, this stratovolcano that was on the island of Java last erupted in 1969 and some said in 1983..












Lagenda Sangkuriang

(Seperti yg telah diceritakan oleh Pak Ali & diterjemahkan ke BM dari Wikipedia Indonesia)

Berdasarkan legenda tersebut, diceritakan bahwa Raja Sungging Perbangkara pergi berburu. Di tengah hutan Raja membuang air seni (air kencing yg mengandungi air mani) di atas daun caring (keladi hutan). Seekor babi hutan betina bernama Wayung yang yang tengah bertapa kerana ingin menjadi manusia meminum air seni tadi. Tidak lama selepas itu, Wayungyang pon hamil dan melahirkan seorang bayi manusia yang cantik.

Suatu hari, Raja Sungging masuk semula ke hutan untuk berburu, dan berjumpa dengan bayi cantik ini..tanpa mengetahui bahawa bayi itu adalah zuriatnya, dia membawa pulang bayi tersebut ke istana dan diberi nama Dayang Sumbi @ Rarasati. Di istana, Dayang Sumbi membesar sebagai seorang gadis yang jelita dan sangat berkemahiran dalam menenun kain sutera. Ramai anak-anak raja yang meminangnya, tetapi seorang pun tidak diterima. Akhirnya anak-anak raja saling berperang sesama sendiri kerana berebut ingin memiliki Dayang Sumbi yang sangat cantik itu.


Dayang Sumbi di suatu hari telah memohon kepada Raja untuk pergi mengasingkan diri di sebuah bukit ditemani seekor anjing jantan yang bernama Si Tumang. Ketika sedang asyik bertenun, toropong (torak) yang digunakan untuk bertenun kain terjatuh ke bawah. Oleh kerana malas untuk turun mengutip torak tersebut, Dayang Sumbi tanpa berfikir pon berkata bahawa barang siapapun, yang mengambil torak yang terjatuh itu, jika dia seorang lelaki, akan dijadikan suaminya dan jika dia seorang perempuan akan dijadikannya saudara. Namun sebaliknya yang berlaku apabila Si Tumang yang turun mengambil torak tersebut, dan diberikan kepada Dayang Sumbi. Kerana takut dimakan janji..walaupun Si Tumang adalah seekor anjing jantan, maka terpaksalah juga Dayang Sumbi mengahwininya. Hasil dari perkahwinan itu, maka lahirlah seorang bayi lelaki manusia yang diberi nama Sangkuriang.


Ketika keluar berburu bersama ayahnya Si Tumang, Sangkuriang mengejar seekor babi betina (Wayungyang) tanpa mengetahui bahawa babi itu adalah neneknya (ibu yang mengandungkan Dayang Sumbi). Si Tumang yang tahu akan asal usul ibu kepada isterinya itu cuba menceritakan perkara itu kepada Sangkuriang tapi tidak diendahkan olehnya. Sangkuriang tetap mahu membunuh Wayungyang dan Si Tumang ketika cuba mempertahankan babi itu mati dibunuh oleh anaknya sendiri.


Sangkuriang pun pulang ke rumah dengan membawa pulang hasil buruan dan diberikan kepada ibunya. Hasil buruan tersebut adalah hati ayahnya sendiri (Hati si Tumang). Hati tersebut dimasak dan dimakan oleh Dayang Sumbi tanpa mengetahui bahawa hati itu kepunyaan suaminya. Setelah Si Tumang tidak pulang ke rumah berhari-hari dan kemudiannya mengetahui bahawa yang dimakannya adalah hati Si Tumang, Dayang Sumbi menjadi amat kecewa dan marah sehingga dia memukul kepala anak lelakinya itu dengan senduk yang diperbuat dari tempurung kelapa hingga berdarah dan meninggalkan parut. Dia juga menghalau Sangkuriang keluar dari rumah.


Sangkuriang pon keluar meninggalkan ibunya dan pergi mengembara mengelilingi dunia sambil menuntut ilmu. Setelah sekian lama berjalan ke arah timur dan barat, dia akhirnya kembali pulang ke tempat asal kampung halaman dimana ibunya berada.

Suatu hari ketika berjalan-jalan, dia terlihat seorang putri cantik. Dia tidak tahu bahawa putri itu adalah ibunya sendiri si Dayang Sumbi yang kekal jelita dan tidak dimamah usia walaupun Sangkuriang ketika itu telah meningkat dewasa. Terjalinlah kisah kasih di antara kedua insan itu sehingga dengan tidak sengaja Dayang Sumbi terlihat parut-tanda luka di kepala Sangkuriang dan mengetahui bahawa kekasihnya itu adalah anak kandungnya sendiri.


Dayang Sumbi segera memberitahu kepada Sangkuriang bahawa dia adalah ibunya. Namun Sangkuriang tetap tidak mempercayainya malah berdegil untuk menikahinya. Sangkuriang tidak boleh menerima kenyataan bahawa putri itu sungguh cantik sedangkan ibunya Dayang Sumbi pastinya sudah tua. Setelah tiada pilihan lain lagi, Dayang Sumbi mengenakan dua syarat kepada Sangkuriang jika dia tetap mahu berkahwin dengannya. Dia meminta agar Sangkuriang membuatkan perahu dan telaga (danau) yang dapat membendung air Sungai Citarum dan kedua-dua itu hendaklah siap sebelum menjelangnya suboh. Kerana cinta, kehendak dan syarat Dayang Sumbi, dituruti jua.


Maka dengan segala ilmu yang dipelajari selama dia mengembara dahulu, dibuatlah perahu dari sebuah pohon yang tumbuh di arah timur. Akar dari pohon itu pula diseru berubah menjadi Gunungkit Tanggul. Rantingnya pula dihimpun di sebelah barat menjadi Gunung Burangrang. Dengan bantuan para guriang (jin2), sebuah tasik hampir siap dibina. Tetapi disebalik usahanya itu, Dayang Sumbi bermohon kepada Sang Hyang Tunggal agar hajat anaknya itu tidak tercapai. Tidak mungkin dia akan menikahi anaknya sendiri. Dia kemudiannya menebar kain putih hasil tenunannya dan ketika itulah fajar suboh mula menyinsing.


Melihatkan hari hampir siang, Sangkuriang menjadi marah kerana dia masih belum sempat menyediakan sebuah tasik untuk Dayang Sumbi. Kerana terlalu marah juga, dia menendang perahu yang telah siap tadi hingga jatuh tertanggkub dan menjelma menjadi Gunong Tangkuban Perahu..Seraya dengan itu juga Dayang Sumbi segera lari menghilangkan diri di Gunung Putri dan berubah menjadi setangkai bunga jaksi..Sangkuriang yang tahu mengenai perihal itu terus mengejar ibunya sehinggalah tiba di sebuah tempat yang bernama Ujung Berung dan akhirnya dia menghilang ke alam ghaib.













2 comments:

Drama Mama said...

bestnya sight seeing, erkkk gunung berapi tu takdak tanda2 nak meletop ka? :-D

what an interesting story...so weird eh people married animal and all, but i guess for the indonesians common la kot.

banyak u shopping eh, rasa macam nak pi jugak!

AiZa'S said...

Hai Bai..
Yup..memang cantik bangat scenery kat situ..and ehem..i tak tau la plak ada ke tak tanda2 tuh..heheh..

yes, very the pelik n ajaib crita tuh..up to individuals to believe it or not..me?? tak dak perasaan..heheh

eh, why not..ajak lah hubby u pegi..best gile shopping!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...