Tuesday, February 10, 2009

-...Hati, PeRasaaN, FikiRaN dan Itu Dan Ini...-



Dah lama rasanya I tak menulis (merepek) panjang. Lately perasaan yang ada di dalam diri, hati ni bercampur-baur. Tak sedap hati sebenarnya. Tak tahu kepada siapa dan apa yang nak jadi pulak. Tapi memang tak sedap hati..dan tak terpikir plak tentang siapa-siapa yang mengakibatkan perasaan tak sedap hati nih. Ntah. Minta di jauhkan berlaku kepada orang-orang yang i sayang...


I malas nak layan perasaan nih. Takut berbekas dan tak tentu arah. Perasaan nih bukan boleh dilayan sangat. Buat bawak dan mendatangkan penyakit. Penyakit hati..sakit hati..ikut hati..Mati! dan I masih tak cukup bekal nak bawak mati..(apa ke hal nya I merepek nih??)





Lain hal..Ada ketikanya I rasa macam nak MENANGIS meraung-raung (sekuat hati!! People close to me do noticed that I’m deadly fragile..mudah tersentuh..senang menangis-even hal remeh-temeh dan kadang-kadang tak masuk akal pon menangis jugak!) Ada ketikanya waktu sembahyang pon..usai membaca Fatihah dalam rakaat pertama, berderai-derai airmata membasahi telekung..(Wah! So flowery ayat nih..dah jiwang plak!..but simply true..that’s wat I feel) Ada masanya jugak di tikar sejadah saat sujud di rakaat terakhir terasa tak mampu nak panggung kepala (banyak sangat yang I minta2 dari_Nya, dan terasa berat dosa juga)..





Yang I sedihkan kadang-kadang..terasa hidup ni sunggoh UNFAIR! Mengenang diri dan keluarga, cita-cita, cinta dan rindu…Mak, Suami, Anak, dia dan dia…Begitu halnya dengan kerjaya i..yang masih belum berdiri kukuh..kegoyahan bagai dahan menanti rapuh!! (sungguh Unfair bila kita yg terkejar-kejar cita-cita kerja bagai nak gila..semua arahan, bagilah apa saja..semua buat tapi orang yang dah ada kerja boleh main-main aja..suka-suka buat kerja sambil lewa, suka-suka tak datang kerja, suka-suka keluar masuk waktu pejabat..arghhhhhhh…I tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!)

Dan lain-lain perkara yang menyesakkan kepala..(Keluarga, Hal Ehwal Kawan-Kawan yang penuh dengan gossip sensasi dan kejutan, Ekonomi, Politik semasa dan bla, bla,bla..Adoiii…I sudah tua rupanya…)





Kadang-kadang terasa mahu kecil kembali..jadi tak perlu fikir dan serisau begini..Mahu juga ke dunia remaja..dapat menebus segala dosa, menyemai cita-cita dan kembali mengejar cinta..?? (I selalu doakan yang terbaik buat orang yang I cinta..dan kalau I bukan yang terbaik (I tahu), walaupun pahit untuk diterima maka terpaksalah di telan jua..). Tapi kalau dah tak tahan bau segar hijau rumput di sebelah sana..pergilah..i dah tak kuasa..





Ada saatnya juga I rasa seperti nak ketawa sepuas hati (sampai berjuling-guling mahunya..Lately enjoy sangat baca blog : Tijah lawa.blogspot.com..begitu menggeletek hati, mengusik jiwa..very natural, hidup seadanya, jadi diri sendiri as if she had no problem at all..bestnya Kak Tijah..)
Banyak keletah dan gelagat manusia yang kalau di ingat dan di fikir boleh jadi bahan hilai ketawa..Cuma tak mahu terlebih layan..kang nanti tak pasal2 jadi macam orang gila..dan orang kata kalau dah terlampau seronok sangat akibatnya nak menangis lah pula nanti jawabnya. Pengalaman hampir setahun membesarkan Carliff ada ketika dia mampu buat I ketawa gembira dan I tahu dari itu dia lah penawar duka tika lara. Huhu..






Ok..i bukannya tak bersyukur..bersyukurrrrrrr sangat-sangat.Ada husband yang super-baik dan sangat sayangkan i. I swear I know that. Husband yang rajin..well dress, good looking..(just lately since he reach his 3 series..he’s soo..serious, sensitive, garang and very into daddy-things and i cant accept u layan cerita ROZANA??)..and I wont ask for more..( I've stop asking wat?)

I bersyukur juga kerana ada anak yang super cute..(even lately manja dan merap sangat..plus dah mula aktif mengemas rumah dan dah belajar menapak one step and two..fuhh letih!!) setelah hampir 4 tahun berkahwin, kelahirannya bagaikan satu rahmat. Tak sabar nak celebrate his first birthday pada 6th Mac ini. Dan terdetik pula keinginan nak ber-anak lagi. Haha. (Dont think so)

Maka harapnya yang sudah tu sudah lah..i tak harap lebih dari hidup berbahagia..dan kalau tak pon menumpang bahagia...OH GOD please lapangkan hati i nih..i tak suka dengan hati, perasaan dan fikiran yang tak sedap sebegini..bagaikan menyemai benih benci..antara yang mutlak dan hakiki..sedangkan realiti tak seindah MIMPI....dan di depan mata menduakan kita dengan ilusi..

1 comment:

cik fina said...

my deary sister..
i really love n most important thing i really care about u..
do call n ask for my help if u really need me. i love u sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...